Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Selepas membadai Filipina mengakibatkan banjir dan tanah runtuh menyebabkan 230 terbunuh, Taufan Tembin kini menuju Vietnam dan dijangka melanda negara itu awal pagi esok.
Kerajaan Vietnam menyatakan lebih 74,000 orang dipindahkan dari kawasan yang dijangka terjejas dan pihak berkuasa 15 wilayah serta bandar raya membuat persiapan untuk memindahkan sejuta lagi.
Kerajaan Vietnam mengarahkan pelantar minyak dan kapal mengambil langkah perlindungan sepnuhnya manakala 62,000 bot nelayan dilarang ke laut.
Sekolah di Bandar Raya Ho Chi Minh di arah tutup.
Hari ini, taufan itu melanda Kepulauan Spratly di Laut China Selatan.
Di Filipina, pasukan penyelamat masih berusaha keras untuk sampai ke kawasan pedalaman yang dilanda taufan berkenaan.
Hampir seluruh perkampungan tepi laut, Anungan, di Zamboanga, Mindanao, musnah akibat banjir, rempuhan balak dan lumpur.
“Hanya masjid yang masih tegak,” kata seorang perkerja bantuan, Simbajon.
Menurutnya, orang ramai mengawasi air laut yang naik dan tidak menjangka air datang dari belakang.
Pengarah agensi bencana Filipina, Manuel Luis Ochotorena, berkata jumlah korban dijangka meningkat.
Puluhan ribu penduduk di Mindanao kehilangan tempt tinggal selepas taufan itu melanda Jumaat lalu.
25 Disember 2017 - 17:39
News ID: 874167
Selepas membadai Filipina mengakibatkan banjir dan tanah runtuh menyebabkan 230 terbunuh, Taufan Tembin kini menuju Vietnam dan dijangka melanda negara itu awal pagi esok.